Sunday 24 April 2016

Menu Kesukaan Najib: Gelama Ikan Duri,Siakap Senohong

“Biar saya terangkan dengan jelas: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat ini sendiri.” Najib Razak
Mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai cerita dogeng,karut-marut yang dilaungkan oleh para individu  dari JASA atau macai2 dalam Facebook? Mereka bukannya pekerja 1MDB. Mereka pun tidak akan tahu apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya rakyat. Yang tahu hanya Najib dan rakan-rakan sepenyelewengannya di dalam 1MDB sahaja.

Tentu sahaja orang-orang seperti Azalina Othman, Husni Hanadzlah atau Salleh Keruak dan seluruh menteri kabinet tidak tahu apa-apa. Mereka cuma tahu mengangguk-angguk seperti bangau mencari makan.

Apa yang lebih teruk, kerajaan ini menggunakan wang rakyat untuk menyebarkan maklumat palsu dan menipu untuk mempertahankan Najib!
Rakyat jangan terpedaya dengan menu kesukaan Najib..
Gelama ikan duri, siakap senohong
Sudah lama mencuri, hari2 cakap bohong..

Hari ini hari Selasa
Esok hari hari Rabu
Hari hari dicerca hina
Entah bila nak saman malu


No comments:

Post a Comment